oleh Ribat Jakarta
Abu Bakr ibn Abi Maryam meriwayatkan bahwa beliau mendengar Rasulullah salallaahu 'alayhi wasallam bersabda, "Masanya akan tiba pada umat manusia, ketika tidak ada apapun yang berguna selain dinar dan dirham." (Masnad Imam Ahmad Ibn Hanbal).
Kepingan Logam Muslim Pertama
Pada awalnya kaum Muslimin menggunakan emas dan perak berdasarkan beratnya dan Dinar-Dirham yang digunakan merupakan tiruan dari bangsa Parsi di masa pemerintahan Yezdigird III raja dinasti Sassan, yang dicetak di masa Khalifah 'Usman, radiallahu anhu. Yang membezakan dengan syiling aslinya adalah adanya tulisan Arab yang berlafazkan "Bismillah". Sejak dari itu tulisan "Bismillah" dan bahagian dari Al Qur'an menjadi suatu hal yang lazim ditemukan pada syiling yang dicetak oleh kaum Muslimin. Siri yang diterbitkan berikutnya, berdasarkan Drachma Khusru II, yang kepingannya kemungkinan mewakili sebahagian besar wang yang beredar. Bersamaan dengan kepingan Sassan yang dicetak bangsa Arab dengan jenis Khusru terbaru yang pertama kali diterbitkan dibawah kepemimpinan Khulafa'urrasyidin, dalam perkembangan selanjutnya lebih banyak lagi kepingan versi cetakan nama Khusru diganti dengan nama pemerintah Arab setempat atau terdapat nama Khalifah. Bukti sejarah menunjukkan bahawa kebanyakan kepingan ini bertarikh Hijrah. Kepingan tembaga Muslim tertua tidak dibubuhi nama pencetak dan tarikh, tapi ada siri yang kemungkinan telah diterbitkan semasa kekhalifahan 'Usman atau 'Ali, radiallahu anhuma. Kepingan ini merupakan tiruan tidak sempurna dari bentuk kepingan Romawi timur 12-nummi yang dicetak oleh Heraclius dari Alexandria.
Piawai dari syiling yang ditentukan oleh Khalifah Umar ibn al-Khattab, berat dari 10 Dirham adalah setara dengan 7 Dinar (1 mithqal). Pada tahun 75 Hijrah (695 Masehi) Khalifah Abdalmalik memerintahkan Al-Hajjaj untuk mencetak Dirham untuk pertama kalinya, dan secara rasmi beliau menggunakan piawai yang ditentukan oleh Khalifah Umar ibn Khattab. Khalifah Abdalmalik memerintahkan bahawa pada tiap syiling yang dicetak terdapat tulisan: "Allahu ahad, Allahus samad". Beliau juga memerintahkan penghentian cetakan dengan gambar wujud manusia dan binatang dari syiling dan menggantinya dengan huruf-huruf.
Perintah ini diteruskan sepanjang sejarah Islam. Dinar dan Dirham biasanya berbentuk bundar, dan tulisan yang dicetak diatasnya memiliki tata letak yang melingkar. Lazimnya di satu sisi terdapat kalimat "tahlil" dan "tahmid", iaitu, "La ilaha ill'Allah" dan "Alhamdulillah" sedangkan pada sisi lainnya terdapat nama Amir dan tarikh pencetakan; dan pada masa masa selanjutnya menjadi suatu kelaziman juga untuk menuliskan selawat kepada Rasulullah, salallahu alayhi wa salam, dan terkadang, ayat-ayat Qur'an.
Syiling emas dan perak menjadi mata wang rasmi hingga jatuhnya kekhalifahan. Sejak saat itu, lusinan mata wang dari beberapa negara dicetak di setiap negara era pasca kolonialisme di mana negara-negara tersebut merupakan pecahan dari Dar-ul Islam.
Sejarah telah membuktikan berulang kali bahawa wang kertas telah menjadi alat penghancur dan menjadi alat untuk melenyapkan kekayaan umat Islam. Perlu diingat bahawa Hukum Syariah Islam tidak pernah mengizinkan penggunaan hutang ataupun surat janji pembayaran menjadi alat tukar yang sah
Apa Itu Dinar?
Berdasarkan Ketetapan yang di[utuskan oleh Sayyidina Umar Ibn Khattab, radiyallahu anhu,
Dinar emas memiliki kadar 22 karat emas (917) dengan berat 4.25 gram.
Dirham perak memiliki kadar perak murni dengan berat 3.0 gram.
Kalifah Umar ibn al-Khattab menentukan standard antara keduanya berdasarkan beratnya masing-masing: "(Berat) 7 dinar harus setara dengan 10 dirham."
"Wahyu menyatakan mengenai dinar-dirham dan banyak sekali hukum hukum yang terkait dengannya seperti zakat, pernikahan, hudud dan sebagainya. Sehinggakan dalam Wahyu dinar dirham memiliki tingkat realiti dan ukuran tertentu sebagai standard penghitungan (untuk Zakat dan sebagainya) di mana sebuah keputusan dapat diukurkan kepadanya dibandingkan dengan mata wang lainnya.
Telah menjadi ijma' ulama sejak awal Islam dan pada masa para Sahabat dan Tabi'in bahawa Dirham menurut syari'ah adalah 10 dirham setara dengan 7 mithqal (dinar) emas ... Berat dari satu mithqal emas setara dengan 72 butir gandum, maka dirham yang tujuh-per-sepuluh darinya adalah 50 dirham dan dua-per-lima butiran gandum. Semua ukuran ini merupakan hasil ijma'."
Apakah kegunaan Dinar Islam?
• Dapat digunakan sebagai simpanan
• Dapat digunakan sebagai pembayar zakat dan mas kahwin sebagaimana telah disyaratkan oleh Syari'ah Islam.
• Dapat digunakan untuk perniagaan sebagai alat tukar yang sah.
Penggunaan Dinar & Dirham
Emas dan perak merupakan alat tukar paling seimbang yang pernah dikenal oleh dunia. Sejak awal sejarah Islam sampai saat ini, nilai dari mata wang Islam yang didasari oleh mata wang bimetal ini secara mengejutkan sangat seimbang jika dihubungkan dengan bahan makanan asasi:
Harga seekor ayam pada masa Rasulullah, salla'llahu alaihi wa sallam, adalah satu dirham; saat ini, 1,400 tahun kemudian, harga seekor ayam tetaplah satu dirham.
Selama 1,400 tahun nilai inflasinya adalah nil.
Dapatkah kita melihat hal yang sama terhadap dollar atau mata wang lainnya selama 25 tahun terakhir ini?
Terbukti bahkan untuk jangka panjang, sistem mata wang bi-metal terbukti menjadi mata wang yang paling seimbang. Ia tetap bertahan, di samping usaha dari berbagai pemerintahan untuk mengubahnya menjadi mata wang simbolik yang diwakilkan oleh nilai nominal yang berbeza dengan berat yang dimilikinya.
Keunggulan
Wang emas tidak akan mengalami inflasi hanya kerana dicetak secara terus menerus; ia tidak akan dapat dilenyapkan oleh sebuah peraturan pemerintah, dan tidak seperti mata wang negara, wang emas merupakan sebuah aset yang tidak tergantung kepada janji sesiapa pun untuk membayar nilai nominalnya.
Ketelusan dan tingkat kerahsiaan dari emas adalah nilai tambah yang penting, akan tetapi lebih daripada itu sebuah fakta yang tidak terelakkan adalah emas merupakan aset nyata dan bukan merupakan hutang.
Semua jenis aset kertas, seperti surat hutang, saham, dan bahkan deposit bank merupakan pernyataan janji hutang yang akan dibayarkan. Nilainya sangat bergantung kepada kepercayaan penanam modal bahawa janji tersebut akan dipenuhi. Sebagaimana yang telah dicontohkan oleh surat hutang sampah dan mata wang Peso Mexico, janji yang meragukan akan segera kehilangan nilainya. Emas tidaklah seperti itu. Sebentuk emas bebas dari semua bentuk sistem kewangan, dan nilainya telah dibuktikan selama 5,000 tahun sejarah manusia.
Menunaikan Zakat
Zakat tidak dapat dibayarkan dengan menggunakan hutang mahupun surat janji pembayaran.
Zakat hanya dapat dibayarkan dengan menggunakan barang yang memiliki nilai yang nyata, yang dalam bahasa Arab disebut sebagai 'Ain . Zakat tidak dapat dibayarkan dengan menggunakan janji pembayaran atau hutang, yang dalam bahasa Arab disebut sebagai Dayn .
Sejak awal lagi, zakat dibayar dengan menggunakan Dinar dan Dirham. Sebuah bukti nyata bahawa pada sepanjang zaman Dinasti Othmaniah hingga jatuhnya Khalifah, zakat tidak pernah diperkenankan dibayar dengan menggunakan wang kertas.
Shaykh Muhammad 'Illaysh (1802-1881), seorang Qadi Maliki yang terkemuka, berkata bahawa jika anda ingin membayar zakat dengan menggunakan wang kertas, maka anda harus membayarnya sesuai dengan nilainya sebagai benda ('Ayn), yang ertinya nilai dari kertas itu sendiri. Maka dari itu, nilai nominal dari kertas itu tidak diperkenankan sebagai alat pembayar zakat.
"Jika zakat menjadi wajib, apapun bendanya, akan dihitung/dinisab berdasarkan sifat dan jumlahnya, bukan berdasarkan nilainya, seperti yang terjadi pada perak, emas, biji-bijian, dan buah. Apabila sifat dari benda tersebut tidak memiliki keutamaan dalam hal zakat, maka benda tersebut akan diperlakukan sebagaimana halnya tembaga, besi atau yang sejenisnya."
Tata cara pembayaran zakat telah dijelaskan dan diatur secara sempurna dalam tata cara hukum Islam. Selama berabad-abad, ketika Syari'ah Islam ditegakkan oleh seorang Khalifah atau seorang Amir, zakat selalu dibayarkan dengan menggunakan emas dan perak. Ketika wang kertas pertama kali diperkenalkan, pada abad-abad akhir oleh kekuatan kolonialisme, para ulama tradisional menolak kehadirannya kerana sifatnya yang bertentangan dengan Syari'ah Islam.
Menurut pandangan para ulama tersebut, wang kertas hanya dapat dilihat sebagai fulus yang berada dalam kategori mata wang rendah yang hanya dapat digunakan sebagai pecahan mata wang kecil. Sebagai contohnya, tidak diizinkan untuk menggunakan fulus dalam perjanjian qirad . Termasuk ke dalam golongan ulama tersebut, terdapat seorang alim terkemuka keturunan daerah maghribi, Shaykh Muhammad 'Illyash yang merupakan Shaykh dari para Shaykh fiqih Maliki di Universiti Al Azhar Mesir. Beliau menulis dalam Fatwanya:
'Saya ditanya mengenai penilaian saya terhadap Segel Sultan (sejenis wang kertas yang digunakan pada zaman Kekhalifahan Osmanli) yang beredar sebagai pengganti dinar dan dirham. Apakah Zakat wajib atasnya, sebagaimana yang terjadi pada emas, perak dan barang dagangan, atau tidak?'
Saya menjawab:
"Segala puji bagi Allah dan rahmat dan kedamaian bagi Junjungan kami, Sayyidina Muhammad, Rasulullah."
"Tidak ada zakat yang dibayar ke atasnya, sebagaimana zakat diwajibkan atas haiwan ternakan, beberapa jenis biji-bijian dan buah-buahan, emas, perak, nilai dari pendapatan dagangan dan barang simpanan. Barang yang disebutkan di atas (Segel Sultan) tidak termasuk ke dalam kategori tersebut."
"Engkau akan melihat amal dari penjelasan mengenai hal ini pada syiling tembaga atau fulus yang dicetak dan diberi segel Sultan yang ada dalam peredaran, di mana tidak ada zakat yang dibayarkan atasnya, kerana tidak termasuk ke dalam kategori yang wajib untuk dizakatkan. Sebagaimana tercantum dalam kitab Mudawwana: 'Barangsiapa yang memiliki syiling receh (fulus) senilai 200 dirham dalam satu tahun, tidak diwajibkan zakat atasnya, kecuali ia merupakan barang dagangan. Maka, si pemilik harus melihat nilai syiling tersebut sebagaimana nilai barang dagangan.'"
"Dalam kitab 'Al-Tiraz', disebutkan Abu Hanifa dan Asy-Syafi'i menyatakan dengan tegas pembayaran zakat atas syiling receh, kerana keduanya mempertimbangkan pentingnya membayar zakat atas nilainya, disebutkan juga bahawa terdapat dua perbezaan dalam pendapat Asy Syafi'i, ia menyatakan bahawa sikap mazhab yang menyatakan tidak mewajibkan zakat atas syiling receh, tidak ada perbezaan pula bahawa syiling receh dilihat dari nilainya, bukan dari berat dan jumlahnya. Jika zakat menjadi wajib, apapun bendanya, akan dihitung/dinisab berdasarkan sifat dan jumlahnya, bukan berdasarkan nilainya, seperti yang terjadi pada perak, emas, biji-bijian, dan buah. Apabila sifat dari benda tersebut tidak memiliki keutamaan dalam hal zakat, maka benda tersebut akan diperlakukan sebagaimana halnya tembaga, besi atau yang sejenisnya."
"Dan Allah, segenap puji dan sembah bagiNya, Maha Bijaksana. Semoga Allah memberkati dan memberikan kedamaian bagi junjungan kita, Nabi Muhammad beserta seluruh keluarganya."
(Diterjemahkan dari kitab 'Al-fath Al'Ali Al-Maliki', hal. 164-165)
Fatwa ini menyatakan bahawa wang kertas adalah fulus karena wang kertas hanya mewakili nilai nominal wang dan tidak memiliki nilai dagang. Maka dari itu, zakat tidak dapat dibayar dengan menggunakan wang kertas yang tiada nilainya sebagai kertas adalah nil. Saat penggunaan Dinar dan Dirham sebagai alat pembayaran zakat ditegakkan kembali, maka jutaan syiling emas dan perak akan kembali hadir dalam kegiatan perniagaan sehari-hari.
| 1 Stop To Find Best Malaysia Hotel Rates | |
![]() |
Compare 40 top travel sites at once at WuTravel.com |
| Johor Bahru | Kuala Lumpur | Langkawi | Penang | Petaling Jaya | |
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Every 10 cent You Donate Is Helping!
Dermakan setiap 10 sen yang anda miliki!
Muslim Refugees Of South Thailand. Help Support Our Refugees. Need support from the kindness of your heart. May God Bless You.
Pelarian Muslim Dari Selatan Thai.Bantulah pelarian kami. Perlukan bantuan setulus ikhlas dari anda. Semoga Allah Memberkati Anda.
Please Refer To The Account Below, Thank You:
Maybank Account # :
11408 5885 217
Abdul Raihan Bin Abdul Rahman





Tiada ulasan:
Catat Ulasan