Halaman

Klik Di Sini

Selasa, 22 Disember 2009

Kembali Kepada Dinar

Masdinar Kelantan makin naik. Semalam aku hanya tengok harga Rm 460 saja. Hari ini sudah naik beberapa ringgit lagi. Rm 527 berbeza sakan dengan harga dulu. Sebenarnya aku menyesal kerana terbeli yang mahal, Rm 501 ketika itu tetapi esoknya turun menjunam kepada Rm 460. Aku juga menyesal kerana menjual masdinar yang dulu aku beli sebanyak 3 keping setiap satu berharga RM 335 pada tahun 2006. Bayangkan sekarang 1 dinar Rm 527. Sekiranya aku simpan sudah tentu untung berlipat kali ganda.

Sebenarnya kewangan ekonomi dengan dinar lebih kukuh berbanding duit kertas yang diperkenalkan oleh barat yahudi. Ketika era A.S menguasai pasaran nilai di dunia satu ketika dulu, semua negara-negara dunia ketiga banyak bergantung padanya. Kini Allah mahu menunjukkan kepada kita bahawa mereka akan jatuh. Ekonomi mereka adalah palsu belaka. Semuanya hanya untuk kepentingan penguasaan Yahudi di dunia sahaja. Mereka akan menguasai matawang dunia melalui faedah yang dikenakan kepada peminjam-peminjam wang dari tabung IMF, bank dunia dan perdagangan matawang asing.

Kini umat islam kmbali sedar bahawa sekiranya kita bergantung kepada ekonomi kufur itu, kita akan tenggelam dalam telunjuk barat itu. Umat islam seharusnya kembali semula menggunakan dinar emas yang mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Saidina Omar Alkhattab di zaman Khulafa ar-Rasyidin. Ini bersesuaian dengan kehendak islam di mana kita membayar zakat dan denda mengikut piawaian dalam syariat islam. Ia menghendaki pembayaran dalam bentuk matawang yang tidak berubah nilai, naik atau turun kerana ini akan menyusahkan pengiraan. Jangan sesekali mengatakan wang kertas itu bernilai kerana kertas dan nombor yang ditulisnya. Ia hanya bernilai kerana dikira di atas nilai emas juga. Jika tidak kerana itu sudah tentu matawang kertas boleh dianggap bernilai. Emas itulah yang diperdagangkan oleh bank dunia dan mereka menguasai nilai itu setiap masa tanpa kita sedari. Oleh kerana mereka itu di dalam genggaman Yahudi Zionis maka kita semua hanya menjadi Pak Turut mereka sahaja.

Umat islam akan kembali semula kepada penggunaan wang dinar emas dan dirham perak yang asal. Ia adalah kewajipan umat islam seluruh dunia. Bukan sahaja ia khusus di kalangan umat islam bahkan manusia sejagat juga mengakuinya. Suatu masa dulu matawang hanya dikira dengan emas. Tetapi dengan berat dan ukuran yang berbeza dengan piawaian islam di zaman Khalifah Omar Alkhattab.

Umat islam dan penggunaan DINAR DIRHAM akan kembali menguasai dunia. Ia janji Allah.

Every 10 cent You Donate Is Helping!

Dermakan setiap 10 sen yang anda miliki!

Muslim Refugees Of South Thailand. Help Support Our Refugees. Need support from the kindness of your heart. May God Bless You.

Pelarian Muslim Dari Selatan Thai.Bantulah pelarian kami. Perlukan bantuan setulus ikhlas dari anda. Semoga Allah Memberkati Anda.

Please Refer To The Account Below, Thank You:

Maybank Account # :

11408 5885 217

Abdul Raihan Bin Abdul Rahman