Halaman

Klik Di Sini

Isnin, 23 Februari 2009

Minda: Dinar emas mampu imbangi dolar Amerika ; Oleh Madzlina Nordin

HarianMetro:19/2/2009


ANTARA resolusi Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) baru-baru ini ialah meminta kerajaan menyegerakan pelaksanaan penggunaan dinar emas di Malaysia.Penggunaan dinar emas bagi menggantikan mekanisme wang kertas sudah lama diperkatakan dengan semua institusi kewangan Islam dilihat mampu bertindak sebagai pentas perintis utama mempromosikan dinar emas kepada masyarakat.Instrumen itu mampu menjadi pelengkap kepada sistem kewangan Islam yang kini semakin diterima masyarakat dunia di kala sistem kewangan konvensional global semakin merudum.Ini kerana aplikasi dinar emas boleh digunakan sebagai mekanisme tambahan kepada amalan perdagangan antarabangsa di samping penggunaan dolar Amerika Syarikat.

Ia boleh bertindak menjadi peneraju utama kepada pelaksanaan mekanisme berkenaan yang boleh membawa kepada mewujudkan peraturan pembayaran pelbagai hala melalui penggunaan dinar emas secara meluas di pasaran global tidak lama lagi.

Menurut perspektif Islam, dinar emas sangat penting dalam struktur perekonomian dan ia sangat diutamakan.Dalam buku Mamluk Economics atau Ekonomi Mamluk: Satu Kajian dan Terjemahan Al-Maqrizis Ighthah karya ulama terkenal Taqi al-Din Ahmad ibn Ali al-Maqrizi menjelaskan bahawa mata wang adalah sebahagian daripada agama.Tambahan pula pada muka surat 66 buku berkenaan ada menukilkan bahawa Muslim dan Abu Dawud pernah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Semoga Allah melindungi dirham dan qafiz Iraq, mudd dan dinar Syria dan irdabb dan dinar Mesir.”Dalam al-Muqaddimah Ibnu Khaldun, ia mengaitkan kepentingan dinar emas dan dirham perak kepada perkara penting seperti zakat, perkahwinan dan penghakiman berkaitan hudud.Transaksi melalui medium wang emas dan perak digunakan secara meluas hingga kejatuhan kesultanan Khalifah Uthmaniah pada awal 1900-an, sekali gus membuktikan bahawa penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam jika direalisasikan akan mewujudkan kuasa ekonomi lebih kukuh, stabil, komprehensif dan kompetitif.Realiti sekarang memerlukan umat dan negara Islam perlu menguasai ekonomi dan mampu mengatur struktur operasinya. Di sini, konsep dinar emas dilihat mampu menjadi kuasa pengimbang kepada kekuatan dolar Amerika yang masih menjadi pemain utama kewangan global.Kekuatan dinar emas sudah diakui dan amat berdaya saing di pasaran global kerana emas dilihat sebagai instrumen pelaburan paling selamat, berdaya saing dan kukuh untuk melindungi nilai daripada kenaikan inflasi dan spekulasi.Emas juga dilihat sebagai pelindung nilai terbaik berikutan elemen ketidaktentuan global dan geopolitik dunia, kenaikan harga minyak mentah serta kelemahan dolar Amerika yang sedang membelenggu negara itu sendiri dan negara utama dunia lain, termasuk Malaysia.Melihat kepada situasi ini, umat dan negara Islam wajar mengambil peluang mempelbagaikan aplikasi instrumen kewangan dan menjadikan dinar emas sebagai mekanisme utama urus niaga perniagaan dan perdagangan di samping instrumen sedia ada.Menerusi sandaran kepada dinar emas, nilai mata wang negara akan ditentukan oleh nilai emas yang sebenar dan bukannya dolar Amerika lagi.Namun begitu, penggunaan dinar emas dalam urus niaga harian dalam negara tidak akan menjejaskan penggunaan ringgit, bahkan sandaran kepada dinar akan menjadikan nilai ringgit sentiasa stabil dan tidak tergugat dengan turun naik dalam pasaran mata wang global. Penggunaan dinar emas sebagai medium alternatif bagi pertukaran perdagangan antarabangsa boleh memberi manfaat kepada negara dunia ketiga terutama di rantau Asean dan negara Islam lain.Dinar emas juga boleh digunakan sebagai komoditi dan sistem pertukaran mata wang dengan suasana krisis dunia ketika ini dan harga komoditi yang tidak stabil di samping mata wang sandaran terbaik bagi dunia kerana mampu menjadi pengukur prestasi pertumbuhan ekonomi melihat kepada keupayaannya.Jangan kita bimbang membebaskan diri daripada sistem kewangan konvensional yang jelas mengamalkan riba yang sangat dilarang dalam ajaran Islam.Ingatlah firman Allah s.w.t bermaksud: “Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi kamu...” (al-Baqarah: 279)

Every 10 cent You Donate Is Helping!

Dermakan setiap 10 sen yang anda miliki!

Muslim Refugees Of South Thailand. Help Support Our Refugees. Need support from the kindness of your heart. May God Bless You.

Pelarian Muslim Dari Selatan Thai.Bantulah pelarian kami. Perlukan bantuan setulus ikhlas dari anda. Semoga Allah Memberkati Anda.

Please Refer To The Account Below, Thank You:

Maybank Account # :

11408 5885 217

Abdul Raihan Bin Abdul Rahman