Halaman

Klik Di Sini

Khamis, 9 April 2009

Riba, Wang Kertas dan Bank Islam

As Far As Your Eyes Can See
terjemahan oleh Ribat Jakarta
Ia tidak berbeza dengan istilah 'Negara Islam', istilah kata 'Bank Islam' ataupun perbankan Islam (Islamic banking) bukan berasal dari bahasa Arab bahkan ia merupakan sebuah istilah asing dalam bahasa Arab dan bukan sebahagian dari ajaran Islam. Perbankan Islam dan perbankan 'Konvensional' memiliki kesamaan erti, riba. Riba sistem perbankan Islam dan pinjaman 'tanpa bunga'-nya tidak dapat disangkal lagi. Apabila pemberian modal yang katanya 'bersih' dari yang disebut sebagai perbankan tanpa bunga itu bercampur dengan sistem perbankan yang lebih besar dan dominan, maka ia berkecimpung dalam proses penggandaan wang riba. Bahkan sebuah 'bantuan' kepada satu negara boleh jadi melibatkan rangkaian ratusan bank yang dihidupi oleh berbagai ragam pemberian modal ribawi.

Tidak dapat disangkal lagi bahawa sistem bank yang bersifat global itu mempunyai kaitan dengan bursa masa depan (future trading), bursa saham dan pasar-pasar komoditi, termasuk pasar 'kacang putih' untuk pemberi modal dan pemegang saham 'yang termiskin'.

Bagaimanapun, kerancuan perbankan Islam dalam sistem riba tidak berhenti di situ saja. Cukup banyak bukti bahawa perbankan Islam membiayai pemusnahan pendidikan Islam kerana mendanai berbagai universiti ala-Barat. Justeru itu, perbankan Islam jauh dari mewujudkan penyelesaian atas masalah riba; sebenarnya ia adalah tipu-daya yang dirancangkan oleh golongan modernis untuk memperoleh untung darinya. Muslihat di belakang pendirian 'Bank Islam', tidak lain dan tidak bukan ialah untuk menyeret umat Islam yang umumnya masih ragu-ragu menggunakan jasa bank, agar terjerumus ke dalam rangkaian sistem kewangan riba antarabangsa, yang dibungkus dengan pakaian 'Syariah'.

Dengan dukungan para modernis, Dunia Kufur Barat berhasil memperkenalkan wang kertas sebagai perantara pertukaran di kalangan umat Islam, yang memungkinkan diterimanya sistem bank dan kewangan riba, dan selanjutnya sampai pada kelahiran 'Bank Islam'. Adalah dusta dan bias belaka pernyataan teori-teori 'Ekonomi Islam' bahawa sistem kewangan Islam, termasuklah 'Bank Islam' terkandung di dalam al-Qur'an dan Sunnah. Islamic Banking in Malaysia: An Overview, sebuah buku terbitan Institut Perbankan Malaysia, menyatakan bahawa "The Islamic financial system has its roots in the Qur'an and as such stem back centuries". (Sistem kewangan Islam berakar pada al-Qur'an dan kerananya, telah ada sejak berabad-abad lalu).

Seperti terjadi di Malaysia, Bank Islam Malaysia Berhad didirikan pada 1983 dan sepuluh tahun kemudian (1993), Bank Negara Malaysia memberi izin lagi kepada tiga bank 'konvensional' untuk memperkenalkan kemudahan perbankan Islam di negara itu. Mengganti kulit lembaga-lembaga non-Islam dan menyatakannya 'Islam' adalah rekayasa untuk memanjangkan jarahan kuffar ke atas kekayaan dan khazanah umat Islam. Ini sekaligus memperpanjang kekuasaan para ekonom —oligarki-kapitalis— yang berkomplot dengan kaum modernis-reformis sebagai birokrat dan teknokrat dalam wadah 'Negara Islam'

Tidak ada bukti yang lebih jelas lagi mengenai persekongkolan kaum ini dengan musuh-musuh Islam selain melalui belenggu riba yang ditimpakan melalui perbankan Islam dan pinjaman 'tanpa bunga'.

Sudah lebih dari 20 tahunan sejak pendirian 'Bank Islam' di seluruh Persada Islam, para pemimpin kelompok modernis mengeruk kekayaan dengan mengepalai persatuan perbankan Islam se-dunia.

Apa yang disebut sebagai proses 'Islamisasi' itu hanyalah muslihat dan cara untuk mengIslamkan semua sistem kuffur yang telah ada supaya ia dapat diterima dan dipakai oleh umat Islam. Sebagai langkah terakhir untuk mencampakkan umat Islam ke dalam kancah riba, proses 'Islamisasi' digunakan untuk meng-Islamkan perbankan haram dengan menyamarkannya sebagai perbankan halal. Meng-Islamkan bank atau menempelkan label Islam pada suatu sistem, tidak merubah sifat sejati sistem itu. Sudah menjadi pengetahuan umum bahwa suatu sistem itu tidak berubah menjadi Islam semata-mata karena ia diberikan nama Islam atau didukung oleh 'Negara Islam'. Wujudnya 'Bank Islam' ialah turunan dari ilmu baru bernama 'Ekonomi Islam' suatu hasil usaha golongan modernis-reformis yang digembar-gemburkan sejak akhir-akhir ini di universiti-universiti di Amerika Syarikat dan Eropah, benteng musuh-musuh Islam.

'Ekonomi Islam' menjelma dari proses 'Islamisasi', yang melahirkan dan memberi bentuk kepada perbankan Islam atau pinjaman 'tanpa bunga' yang ditawarkan oleh bank-bank 'perdagangan' yang mulanya bukan syariah. Bahkan kehadiran 'Bank Islam' dan 'Perbankan Islam' ditengah-tengah umat Islam menunjukkan terwujudnya penjajahan bentuk baru, yakni penjajahan kewangan setelah berakhirnya masa penjajahan koloni-teritorial.

Kalau dulunya jajahan atau wilayah yang ditaklukkan itu diatur oleh penguasa-penguasa Barat secara fizikal, kini penjajahan bentuk baru itu dikendalikan oleh birokrat dan teknokrat pribumi yang melanggengkan penjarahan dengan sistem kuffar. Teori ekonomi kaum modernis-reformis gagal membuktikan bagaimana pembentukan perbankan Islam atau pinjaman tanpa bunga dapat mensuci-bersihkan sistem kewangan riba, kerana pinjaman yang dikeluarkan harus dibayar balik lebih besar dari pokok pinjaman yang dibuat. Apa ertinya kita menciptakan teori-teori tentang hal ini seperti yang diutarakan dalam karangan golongan modernis yang berlimpahan hari ini, menampilkan teori ekonomi untuk menyatakan bahwa sistem mereka itu terlepas dari riba.

Menyatakan bahawa riba itu diperbolehkan sama ertinya dengan menyatakan haram itu halal, salah itu betul, dosa itu pahala, bukan Islam itu Islam.

Perniagaan (perdagangan) dalam Islam, merupakan perdagangan bebas riba dimana wang kertas tidak pernah dipergunakan, sebaliknya dinar emas dan dirham perak yang tidak dicetak oleh bank manapun dipakai sebagai media pertukaran. Perniagaan itu tidak mungkin wujud di 'Negara Islam' manapun, kecuali di satu pasar Islam sejati, dimana perdagangannya bebas dan terbuka.

Saat hijrah ke Madinah, yang pertama didirikan oleh Rasulullah, sallallahu alayhi wa sallam, adalah Masjid dan Pasar yang dibangun secara bersamaan dan berdampingan. Fiqh berjalannya Pasar Islam sama dengan Masjid, Muslim yang hendak solat di Masjid tidak diperkenankan men-take saf solat juga tidak ditarik bayaran oleh pengurus masjid. Bila ada yang melanggarnya tentulah pelakunya akan menerima kecaman dari komuniti Muslim dan dianggap gila atau bodoh. Pada Pasar-pun berlaku hal yang sama. Namun kenyataan yang terjadi pada Pasar sangat bertolak belakang pada hari ini. Di mana pedagang ditarik pungutan pasar untuk berdagang di dalamnya, dan dapat memiliki tempat strategik selama ia membayar sewa pada pengurus pasar.

Apabila sebuah kota atau satu pemerintah Islam menyedekahkan atau mewakafkan tanah untuk pasar itu, maka gelanggang berjual-beli yang halal, adil dan tertib dapat diwujudkan. Bahkan, masyarakat Islam dan pemerintah Islam boleh menghidupkan kembali tanah wakaf sebagai pasar Islam. Dalam pasar Islam, para pedagang dapat berjual-beli berasaskan siapa rajin dia mendapatkan kedudukan strategik dan menguntungkan seperti terbentuknya saf-saf di dalam masjid, siapa cepat ia mendapatkan saf terdepan yang termulia.

Pasar bebas (yang dicontohkan Rasulullah, sallalahu alayhi wa salam, di Madinah) memakmurkan komuniti Islam, jauh lebih baik dari pada tawaran hina 'Bank Islam', 'Bank Syariah', 'Pinjaman Tanpa Bunga', 'Amanah Saham Islam', 'Ansuran Islam' dan yang seumpamanya.

1 ulasan:

Ibn Yusof berkata...

Salam saudara,

Tulisan yang baik cuma sahaj terlalu banyak lontaran yang memerlukan kajian lebih terperinci agar ianya mampu menjadi hujah yang konkrit berbanding tuduhan semata. Mungkin saudara boleh neutralkan dengan mendatangkan bukti kukuh atas lontaran-lontaran idea tersebut supaya ianya lebih bersifat akedemik.

Wallahu'allam.

Every 10 cent You Donate Is Helping!

Dermakan setiap 10 sen yang anda miliki!

Muslim Refugees Of South Thailand. Help Support Our Refugees. Need support from the kindness of your heart. May God Bless You.

Pelarian Muslim Dari Selatan Thai.Bantulah pelarian kami. Perlukan bantuan setulus ikhlas dari anda. Semoga Allah Memberkati Anda.

Please Refer To The Account Below, Thank You:

Maybank Account # :

11408 5885 217

Abdul Raihan Bin Abdul Rahman