Halaman

Klik Di Sini

Ahad, 29 Ogos 2010

Gekko? Tokek? To'ke? Geruk? Wang?!!!

As Far As Your Eyes Can See

Apa tokek tokek? Kataku pada kawanku yang minta dicarikan gambar seekor binatang ala-ala cicak kobeng dan buaya. Ulps....ee, geli geleman aku. Cuma binatang ni lain sikit dari cicak. Jadi aku tak jadi geli.


Harga binatang ini kini mencecah ratusan, ribuan malah jutaan ringgit. Saya tidak pasti sebenarnya manfaat binatang ini. Cuma saya terjumpa binatang ini sewaktu saya singgah di masjid untuk solat asar di Sumpitan, Lenggong. Memang terkenal Grik dan Lenggong adalah markas utama binatang ini. Maka saya pun atas nasihat isteri saya, menangkap binatang ini tanpa ada perasaan apa-apa. Orang di sini memanggilnya 'geruk' dengan ejaan 'r'nya menjadi GHO. Geghuk!
Untuk mengetahui keterangan lanjut tentang pembeli dan harganya saya menyelediki internet dan terus menulis blog ini. Isteri saya mengatakan bahawa ia ada penawar. Penawar? Ya, untuk HIV.
Musuhnya ialah semut. Pantang ada semut ramai sikit mesti dihurungnya sang Tokek ini. Atau To'ke dalam loghat Kelantan. Matilah ia dihurung semut merajalela. Pagi tadi 30/8/2010 aku terbangun dan memeriksanya. Biskut ada sisa-sisa dihurung semut termasuklah To'ke-Geruk-Tokek ini. Aduh! Sedih dan menyesal. Ada baiknya aku lepaskan dia cari makan sendiri. Tiada rezeki.
Sementara itu ada yang berfatwa ia adalah haram. Species yang bersamaan dengan cicak ini. Ia haram cuma dibolehkan kerana darurat dengan alasan ubat untuk HIV/AIDS. Bukan halal! Tapi kerana tiada bahan lain ketika ini yang menjadi penawar melainkan ia sahaja. Maka dibolehkan. Wallahualam. Rujuk di sini.

Sekian.

Tiada ulasan:

Every 10 cent You Donate Is Helping!

Dermakan setiap 10 sen yang anda miliki!

Muslim Refugees Of South Thailand. Help Support Our Refugees. Need support from the kindness of your heart. May God Bless You.

Pelarian Muslim Dari Selatan Thai.Bantulah pelarian kami. Perlukan bantuan setulus ikhlas dari anda. Semoga Allah Memberkati Anda.

Please Refer To The Account Below, Thank You:

Maybank Account # :

11408 5885 217

Abdul Raihan Bin Abdul Rahman