As Far As Your Eyes Can See
Intan Abdullah Wed Aug 08, 07 12:03:12 PM
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Hrkh) - Amalan riba adalah asas atau strategi utama dajjal dan suku sakatnya, ya'juj dan ma'juj untuk menundukkan tamadun manusia dan ianya bermula sejak wafatnya Nabi Muhammad SAW lagi.
Hajah Nik Mahani Mohamad berkata atas asas inilah dinar dan dirham menjadi pemangkin utama untuk menegakkan kembali Daulah Islamiyah.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk Dinar Dirham Pemangkin Daulah Islam sempena Pelancaran Emas Dinar kenangan Keputeraan Al Sultan Kelantan 2007 di Balai Islam baru-baru ini.
"Jangan bercakap pasal perjuangan menegakkan Islam kerana pada pendapat saya, ia tidak akan menjadi apa-apa. Hukum hudud tidak boleh dipraktikkan selagi kita tidak berurusan dengan emas dinar dan dirham serta lain-lain mata wang sunnah," ujar beliau yang merupakan Ahli Jawatankuasa Dinar Kelantan bagi kerajaan negeri itu.
"Cuba bayangkan macam mana nak potong tangan pencuri jika kita terpaksa cari harga pertukaran emas ¼ dinar dengan matawang kertas Ringgit Malaysia setiap hari? Had minima dalam Syarak ialah bila pencurian adalah pada kadar ¼ Dinar? Jadi jika hari ini harga emas RM98 untuk ¼ dinar esok boleh jadi lebih rendah atau lebih tinggi dari harga hari ini. Mana ada keadilan?
Beliau mengemukakan analogi pencuri yang telah dipotong tangan pada masa harga emas turun manakala pencuri yang mencuri masa harga emas naik pula terlepas.
"Bagaimana nak membawa keadilan dalam masyarakat selagi asas keadilan dalam kehidupan tiada?" Ujarnya mempersoalkan hal ini.
Menurutnya, asas keadilan tidak boleh bertapak selagi penggunaan dinar dan dirham semula tidak dikembalikan .
Oleh sebab itu, ujarnya usaha-usaha mesti dibuat agar kita kembali menggunakan dinar dan dirham dengan tiada bertolak ansur atau berkompromi.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri Kelantan telah melancarkan Dinar Emas Kelantan pada 20 September yang lalu.
Kira-kira 2,000 orang hadir dalam seminar sehari tersebut telah dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri, Dato' Paduka Husam Musa pada sesi pagi.
Manakala tengahari program tersebut Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra telah melancarkan Emas Dinar Kelantan edisi Emas Dinar sempena menyambut ulang tahun hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan yang ke-57.
Untuk edisi ini sebanyak 200 keping Emas Dinar Keputeraan yang bernilai 2 dinar bagi setiap satu telah ditempa secara terhad. Hampir kesemua dinar tersebut telah dibeli secara tender di mana hasil jualan akan diderma kepada mana-mana badan kebajikan yang akan ditentukan sendiri oleh Tuanku Al-Sultan.
Bagi satu dinar beratnya adalah 4.25 gram emas 22 karat dan dirham pula adalah perak tulin seberat 3.0 gram dengan berat 7 dinar bersamaan berat 20 dirham.
Turut hadir dalam program tersebut, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Exco-exco serta kakitangan kerajaan negeri termasuk para imam serta pelajar.
| 1 Stop To Find Best Malaysia Hotel Rates | |
![]() |
Compare 40 top travel sites at once at WuTravel.com |
| Johor Bahru | Kuala Lumpur | Langkawi | Penang | Petaling Jaya | |
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Every 10 cent You Donate Is Helping!
Dermakan setiap 10 sen yang anda miliki!
Muslim Refugees Of South Thailand. Help Support Our Refugees. Need support from the kindness of your heart. May God Bless You.
Pelarian Muslim Dari Selatan Thai.Bantulah pelarian kami. Perlukan bantuan setulus ikhlas dari anda. Semoga Allah Memberkati Anda.
Please Refer To The Account Below, Thank You:
Maybank Account # :
11408 5885 217
Abdul Raihan Bin Abdul Rahman





Tiada ulasan:
Catat Ulasan