Pertama sekali kita mengucapkan sykur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita dapat bersama mengendalikan laman yang istimewa berkenaan Emas Dinar ini.
Saya rasa terpanggil untuk mengkhabarkan bahawa sejak kemenangan PR dalam pilihanraya ke-12 yang lalu, kita mendapati bahawa Al Rahn (bukan YaPeim Al Rahn) Kelantan di bawah PKINK dan Menteri Besar Kelantan telah mengembangkan sayapnya ke seluruh negeri-negeri PR. Oleh itu di mana-mana kita akan mendapati emas DINAR dijual di kelima-lima buah negeri ini iaitu Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor. Tambahan lagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu di Jalan Raja Laut. Mungkin tak lama lagi akan dibuka di Pulau Pinang.
Nampaknya rezeki Allah telah melimpah ruah di jalan Islam. Umum mengetahui bahawa penggunaan emas sebagai matawang amat besar manfaatnya berbanding menggunakan wang kertas biasa yang turun naik harganya serta boleh dimanipulasi oleh "penyangak matawang".
Setelah kita berjaya mengembalikan ekonomi umat Islam, insya Allah Islam akan terbela dan ummatnya juga akan terus terbela di jalan Allah. Umat Islam akan bebas dalam mengamalkan ajarannya tanpa gangguan dan protokol pusat barat. Kita terus akan ditindas dalam sistem kapitalis atau sosialis barat yang berfahaman kebendaan. Islam menggariskan bahawa ekonomi Islam ialah dngan sedekah dan zakat. Zakat ialah rukun ke-4 dalam rukun Islam. Sayugia kita taati dan dalami. Sedekah-sedekah lain yang sunat bolehlah kita lakukan dengan seikhlas hati, adapun zakat ialah sedekah wajib. Ia difardhukan ke atas orang yang mampu, berkecukupan, cukup nisab atau lebih, cukup haulnya dan beragama Islam. Zakat dalam Islam dikira dalam bentuk matawang Emas Dinar bukannya wang kertas. Namun wang kertas dikira atas dasar ia juga berasaskan emas.
Kelmarin, setelah saya bersiar-siar di Sungai Petani, Kedah...saya terkejut kerana kagum, di sebelah bangunan Courts terlihat papan tanda wang emas dinar Kelantan. Saya mengamati, masih ada orang bekerja di luar dan dalamnya sedang menghias satu lot bangunan untuk dijadikan pejabat Al Rahn Wang Emas Dinar. Tak lama lagi orang Kedah dapatlah membeli dan menyimpan wang emas Dinar yang selama ini hanya khusus dibeli oleh orang Kelantan saja. Wah! Nampaknya sekarang ini penggunaan Emas Dinar akan meluas di kalangan ummat Islam, mudah-mudahan penggunaan emas Dinar akan dapat mengatasi kemelut sosio ekonomi yang membelenggu orang Islam. Selama ini kita bergantung pada pasaran matawang dunia yang dimonopoli oleh orang Yahudi, USA. Kita yang akhir diperkotak-katikkan terpaksa memperhambakan negara dan ekonomi kita pada mereka. Sekarang ini waliyazubillah daripada jatuh ke tangan mereka.
Hidup Islam! Makmur Umat Islam! Gemilang Wang Emas Dinar!





Tiada ulasan:
Catat Ulasan